Wednesday, 6 July 2011

Kawan

Maksud kawan, perkenalan biasa yang tidak sengaja berkenalan dari nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya, tak perlu kot aku nak menjelaskan lebih terang korang mesti dah tahu kan apa itu kawan, sendiri mahu ingatlah. Kawan ni ada 2 jenis iaitu, Kawan biasa dan Kawan istimewa. Agak-agak korang ni kawan yang jenis macam mana. Contoh bagi kawan biasa dan kawan istimewa..

* Kawan Biasa
Ramai orang di luar sana mempunyai kawan biasa, orang yang mempunyai kawan biasa ni apabila mereka hanya bekerja satu tempat, bersekolah sama dan satu kelas yang sama, mereka akan berkongsi kegembiraan, suka dan senang bersama kita. Tetapi apabila kita mempunyai masalah, sedih, duka dan mempunyai situasi masalah yang besar dalam kehidupan kita mereka akan meninggalkan kita begitu sahaja seolah-olah mereka tidak mengenali kita.

*Kawan Sejati
Kawan sejati tahap yang lebih tinggi dan mulia dari kawan biasa. Mereka yang mempunyai kawan sejati sangat berbeza dari kawan biasa. Mempunyai kawan sejati, mereka adalah insan yang lebih dekat dan rapat dengan kita, mereka juga akan berkongsi segala masalah yang kita hadapi tidak kira sedih, duka, gembira, susah senang sentiasa hadapi bersama, mereka tidak akan meninggalkan kita.


Ini adalah contoh-contoh antara kawan biasa dengan kawan sejati yang aku selidik lah. Mengikut sefehaman aku pulak kawan ni ada macam-macam gelagat seperti..

** Bila aku ada banyak duit kau dekat dengan aku sebab nak suruh aku belanja kau, lepas tu bila kenyang kau bla macam tu je.

** Kawan dengan aku sebab aku pandai, kau pun dekat dengan aku sebab nak suruh aku ajar kau tak pun copy paste saje.

** Kau kawan dengan aku semata-mata nak mengorat kawan perempuan atau kawan lelaki aku, kononnya aku kabel kuat lah nak dapat apa yang korang nak.

** Bila bosan baru ingat nak cari aku pastu tetiba cakap rindu lah bila nak ajak lepak lah, tapi bila kau dah ada kawan kau semula ada nak ingat aku?? mimpi di siang hari lah.

** Ada masalah baru nak cari aku, kononya aku ni pendengar setia kau lah, minta aku bagi nasihat kat kau apa semua, bila kau dah ok ada nak messege aku call apa ntah lagi.

** Bila kau nak keluar pergi shopping dah takde kawan kau call aku ajak teman, kalau tak haram.

** Masa sekolah dulu kau satu kelas dengan aku sampai kan kolej pun kau sama dengan aku padahal aku tak pernah tegur kau pun alih-alih kau buat cerita buruk pasal aku. Apa jenis manusia kau ni.??

** Kita satu kelas masa kolej duduk rumah sewa sama-sama, kau kawan dengan aku boyfriend kau pun kawan dengan aku, bila dah habis kolej baru kau rasa cemburu dekat aku sebabnya kau ingat aku nak rampas boyfriend kau.

** Masa kolej kau kawan dengan aku, kau rapat dengan aku bila habis je kau terus lupa dekat aku. Kononya aku ni sparepat kau lah masa kolej tu.

Apa yang aku kategorikan ni kemungkinan ada kena mengena dengan orang di luar sana termasuk aku haha.. So..korang pilih lah korang di antara yang mana satu. Renung-renungkanlah  dan selamat beramal.:))

Thursday, 30 June 2011

My Sweet Friend.


Hello people ! this is my Lovely friend... 
Si budak comel cute miut ni nama dia Nur Syafiqah, umur dia baru 19 tahun 4 bulan 3 minggu.. Hah total lah bila dia punya birthday huhu... Dia ni seorang yang baik hati, peramah tu boleh jugak lah, pastu seorang yang sensitif, agak sombong jugak bila tak kenal dengan orang, suka buat kepala sendiri dan banyak lagi lah..kalau nak tau lebih lanjut boleh tanya dengan tuan badan sendiri..cewaahh..aku ni dah macam nak promote kawan aku pulak hahaa..Ok back to story, aku saje je nak kongsi cerita antara aku dengan dia ni.. Nak ikut  kan kiteorang kawan lebih kurang dalam 6 tahun..lama tak lama lah tapi kiteorang rapat macam dah kenal dalam perot lagi hahaa..nampak benar tipunya aku ni..hahaa... Aku memang selesa kawan dengan dia, persamaan kami pun agak sama tu yang membuatkan aku bertambah rapat lagi dengan dia, ada problem kiteorang share-share so.. memang takde masalah lah antara aku dengan dia ni, lagipun kiteorang pergi mana-mana mesti berdua..tak kira lah nak pergi dating ke nak pergi jumpa kawan ke mesti kiteorang akan berkepit. Kadang-kadang bila keluar sama-sama tu sampaikan orang ingat kiteorang ni kembar tapi tak seiras hahaha...  Lagipun kat kawasan rumah aku tak banyak budak yang aku kenal so..bila dah kenal dengan dia ni sorang pun aku rasa dah cukup, tak perlu kot aku nak berkawan ramai-ramai dekat kawasan rumah aku ni. Masa aku pergi study dekat Negeri Sembilan aku suruh dia aply tempat sama dengan aku even kiteorang tak sama masuk..aku tak kisah janji kiteorang dapat study sama tempat huhu.. Lepas dah habis aku try aply Unikl pastu aku dapat tawaran Unikl dekat Kulim, mula-mula memang aku syok lah nak pergi sebab dapat sambung kan..lepas beberapa hari tu aku bagitau dia aku dapat sambung dekat kulim, dia pun cakap lah (takde lagi jauh ke kau nak pergi) lebih kurang macam ni lah ayat dia huhu..pastu aku cakap (nak buat macam mana dah tercampak kat sana). Yang membuatkan aku rasa sedih tu dia cakap (nanti lagi susah lah nak lepak dengan kau) bila dia dah cakap macam tu aku jadi macam hilang semangat pulak nak pergi sambung study jauh-jauh..  Tapi bila aku pikir-pikir balik dia pun dah habis study pastu dengan semangatnya aku pun suruh lah dia aply jugak Unikl tu bagi sama tempat dengan aku..Syukur alhamdulillah dia dapat jugak even tak sama course. Baru lah semangat aku berkobar-kobar nak pergi sana hahahaa... Cik Ika kau jangan risau ok, insyallah nanti kau boleh tukar course kat sana kalau kau tak minat heheee... Sekarang keputusan terletak dekat tangan bapak kau je, sama ada boleh ke tak.. Aku harap-harap kau dapat lah pergi sambung study dengan aku kat sana nanti..bila kau kat sana dengan aku takde lah aku buntu nak cari kawan, pastu nak kawan dengan orang lain..sebab dah ada kau heee.. Ok lah aku pun dah mengantok sampai kat sini je story aku pasal dia. GoodNyte..:))


** Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita..tapi biar lah yang ni je, Hal lain biar lah rahsia di antara kami je cewahhhh..dah macam husband and wife pulak hahaaa..  Ok Bye-bye..

Wednesday, 29 June 2011

Congrates beb !

Hari isnin dalam pukul 9.44 a.m aku dapat messege dari member aku. Messegenya berbunyi macam ni tingtong...haha..lebih kurang macam tu lah, aku pun buka dan baca..
Kawan: Mok kau pergi belajar bila ?
Aku: Maybe dalam 15 haribulan aku pergi sana lah.  Kenapa?
Kawan: Oh..tak dapat lah tengok aku kahwin.
Aku: Eh biar betol kau ni, nak tipu aku lah tu..
Kawan: Betol lah aku kahwin 23 haribulan 7.
Hah ni lah perbualan kiteorang dekat handphone, tapi aku masih tak percaya ye lah pasal kahwin ni memang aku malas nak percaya, lagipun si minah ni suka tipu-tipu konon kuat kelentong lah hahaa..oopsss sorry nenek lalalaalaaa... Masa malam tu pulak kiteorang sambung lagi chat dekat facebook. Dia try juga suruh aku percaya, tapi aku still malas nak percaya. Bila dia cuba nak meyakinkan aku, aku pun teringat pasal status bakal husband dia ni yang di tulis 25 Hari Lagi. Bila aku baca status dia baru aku rasa apa yang dia cakap tu betol. Memang susah beb kalau nak percaya bab kahwin ni..ye lah aku memang tak sangka kalau dia nak kahwin secepat ni..lain lah kalau dia cakap aku dah nak kahwin taun depan, dah nak tunang ke tu boleh jugak aku percaya..ni tak kahwin terus pulak tu dalam masa terdekat ni. Omg ! macam tak percaya je aku rasa..tapi apa-apa pun aku turut bahgia lah untuk dia,. Tapi sedih lah dia nak kahwin time aku dekat kedah susah lah aku nak balik tengok dia kahwin hurmmm.. Macam mana agaknya kau nanti dengan baju pengantin kan heheee... Nanti kalau aku tak dapat pergi aku nak kau send MMS dekat aku tau.!
Weh..nanti kalau kau dah kahwin tak dapat lah bergosip dengan kau macam dulu lagi, pergi jalan-jalan dengan kau, shopping sama-sama. Lepas ni mesti kau dengan husband kau je kan huhu..sedih aku, harap-harap nanti kau dah kahwin jangan lah lupa dekat kawan-kawan yang masih single ni tau.. Ok lah aku ucapkan Tahniah! Semoga jadi isteri yang penyayang, solehah dan yang penting isteri mithali. heee...:))

* Nanti dah kahwin jangan lupa aku.. heeee...:)

Monday, 27 June 2011

2 weeks !

Ok..lagi 2 minggu beb tapi aku langsung tak prepare apa-apa lagi, hah macam mana tu.. haha.. Sumpah kali ni nak pergi sambung study tak excited langsung ! Dulu boleh lah first time tu ada jugak lah rasa excitednya tu..sebabnya mula-mula nak sambung study kan kat tempat orang sape tak excited huhu...lagipun tempat tu boleh di kirakan dekat lah jugak boleh jugak balik cuti weekend. Tapi sekarang memang susah lah aku nak balik, kalau balik pun maybe kena tunggu cuti panjang hahaa... habis lah rindu lah aku dekat family , kawan-kawan semua..takpe-takpe 3 tahun je bukan aku pergi belajar jauh sangat pun kan, nanti ada cuti aku boleh balik kL bukan susah sangat pun huhu...
yeaaahh..dalam masa 2 minggu ni apa aku nak buat, takde semangatnya aku nak prepare apa benda semua tu huh! Tolong lah bagi mood aku nak sambung study ni ada balik..!

Friday, 24 June 2011

Happy Friday ! 
Bangun pagi-pagi tak tau nak buat apa. Pastu tergerak hati nak buat blog baru sebab blog lama tak ingat password. Lepas ni tak tau lah blog yang ni boleh tahan sampai bila. Aku tak fanatik sangat macam orang kat luar sana yang selalu dok update blog mereka. Kalau aku rasa aku rajin ada benda nak cerita aku akan update..insyallah. Just wait and see lah. huhuhu...k bye.